Monday, January 9, 2017

Hidup untuk merasa

Wargh Assalamualaikum teman teman yang sudi membaca post saya yang tak seberapa ini! Apa khabar sihat tak kalian xD Moga Allah merahmati hang pa semua la ye

Hahahaha maaf lah sebab lama dah tak menulis kehkehkeh (macam la ada pembaca) hahahaha . Buzy lah sejak dua menjak ni maklumlah dah berkerjaya ceng haha tak de lah sebenarnya banyak ja plan nak buat entry dua tiga topik tapi tu la mungkin sebab masa tak mengizinkan cewah. hahaha niat di hati nak buat entry pasal palam dan diploma muamalat sepanjang perjalanan kisah ranjau titik permulaan serta pengakhiran! hahaha nampak macam menarik kan ? nak buat total video lagi and many more haha doa doa lah moga diberi kekuatan untuk meneruskan penulisan kehkehkeh


*sebenarnya hendak aku menulis di twitter mahupun di instagram tapi tak mengapalah cukup lah orang menyampah dengan aku jadi pengakhirannya aku ke sini juga kah3*


"aku menulis bukan kerna nama. tapi atas dasar satu tujuan matlamat yang sama. matlamat yang di mana semuanya berdasarkan kenangan dan pengalaman aku semata-mata" So nikmatilah post yang tak seberapa ni!


ku mulakan dengan gelak ketawa hahaha mesti pelik kan kenapa tajuk entry ni pasal hidup untuk merasa? pelik ke ? ke biasa ? lols


aku bukannya apa, kalau dah menulis tu tak boleh stop lah, kalau nak dipanjangkan lagi haa mesti lah nak tapi apakan daya aku dah hilang semangat. Hilang? Semangat? ke mana perginya. hm.


haha lupekan bab tu. Hidup ini untuk merasa. Merasa apa tu ? kita semua akan melalui satu titik di mana ia dipanggil proses perubahan. tapi awas perubahan itu terbahagi kepada dua. sama ada kepada ke arah kebaikan atau pun sebaliknya maka berhati hatilah dalam membuat pilihan. 


Aku pernah merasa bagaimana manisnya mendapat kejayaan.. mendapat 100% dalam subjek yang digegemari.. dan aku juga pernah merasa bagaimana peritnya kegagalan di mana aku pernah gagal dalam peperiksaan percubaan prinsip perakauanan. Bayangkan lagi beberapa bulan aku hendak melangsungkan peperiksaan sijil pelajaran malaysia aku gagal. aku malu walhal orang lain semua sudah berjaya mendapat A bahkan ada juga yang A+. Tapi itu semua tidak mematahkan semangat ku! aku bangkit lalu terus bangkit untuk menjadi terus kuat dan akhirnya aku berjaya mendapat B dalam subjek tersebut. Aku juga pernah merangkul emas, mendapat tempat pertama dan bermacam macam lagi. Aku juga pernah merasa bagaimana hinanya kita apabila dimarah oleh pelanggan.. di mana hinanya kita di marah oleh bos sendiri, Namun itu semua kenangan yang aku akan bawa sampai bila bila hingga akhir hayatku. Aku juga pernah merasa bagaimana manisnya dalam percintaan tapi akhirnya kecundang jua. Aku juga pernah merasa semua itu...


Kita semua mampu, kita semua boleh. hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.


Kata seorang pelajar cemerlang:

"You cannot let a fear of failure, or a fear of comparison, or a fear of judgement stop you from doing what's going to make you great. You cannot succeed without this risk of failure, you cannot have a voice without the risk of criticism and you cannot love without the risk of loss. You must go out and take these risk. … Do what’s uncomfortable, and scary, and hard, but pays off in the long run. Be willing to fail. Let yourself fail. Fail in the way and the place where you would want to fail. Fail, pick yourself up and fail again. Because without this struggle, what is your success anyway?"

Sungguh bergetar ucapan pelajar cemerlang tersebut.. namun apakah alasan kita? biar diri kita ini gagal.. biarlah diri kita merasa keperitan.. keperitan belajar, keperitan menghadapi dugaan, keperitan bertemu dunia luar. Mencari rezeki tak semudah yang apa kita sangka. Aku juga pernah merasa bagaimana bekerja seperti bangla tapi akhirnya apa yang kita dapat hanyalah seperti pengemis jalanan. Maaf bercakap tapi ini hakikatnya. Biarlah sedikit pun mana apa yang kita dapat tapi itu berkualiti. Aku juga pernah dihina kerana gagal dalam membalut hadiah? namun apa yang aku lakukan ? Terima. Biarlah apa orang nak kata, yang penting kita tebalkan muka dan belajar melaluinya. Hidup ini tidak semudah seperti apa yang kita sangka. Aku tak salahkan sesiapa bahkan aku cuma terfikir jika hidup aku macam ni bagaimana pula akan terjadi dengan kehidupan ku yang akan datang?


Sedar tak sedar, semuanya bermula dari sekarang. Bukan esok dan bukan lusa, sekarang. Jangan tangguh! Ada kerja buat biarlah kita derita.. biarlah kita merasa betapa hinanya menjadi seorang hamba tapi pengakhirannya yang kita dapat sungguh cantik! In shaa Allah mudah mudahan satu hari nanti..


hahaha sebenarnya post ni merupakan sambungan daripada post sebelum ni. Alhamdulillah , tuhan permudahkan segalanya. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Dia bakal melangsungkan pernikahan dia dengan bakalnya. Hahaha relaksnya dia berkata pada aku
😂 yang dia bakal bernikah. haha Tapi apa yang mampu aku lakukan ? Menghalangnya kah ? atau memujuk dia supaya terima aku kembali?

wahai lelaki yang beriman, jika kau masih ada ilmu dan agama maka kau gunakanlah ilmu tersebut selari dengan akal fikiranmu yang masih waras itu. Gunakanlah ia di jalan yang membawa kepada kebenaran.


namun apakah reaksi aku ? sedih ? menangis ? membenci kah ? marah ? rasa nak maki? tak lah itu semua sudah menjadi di masa lalu. Aku tak kesah pun sebenarnya sebab kita sebagai lelaki tiada hak nak menghalang seseorang tu daripada melakukan apa yang di sukainya. Siapa kita ? ayah dia kah ? abangnya kah ? adeknya kah ? suaminya kah? Namun sebab itu kita merasa kita lemah. Kita hina tapi bukan di sisinya tapi di sisi tuhan.


Kau mencari tuhan waktu bila kau lemah je ke ? waktu kau kuat, waktu kau gembira, waktu kau mendapat kejayaan ada kau cari-Nya ? tak de. Langsung kau lupa siapa yang cipta perasaan itu padahal kita mendapatnya tanpa ada sebarang pembayaran pon. percuma. Hinanya kita bila kita lemah, akhirnya ke tuhan juga yang kita cari.


Aku tak nak cakap banyak pon.. Kita tahu level ni takat mana. haha semoga berbahagia. Menunggu itu memang lama tapi pasti ia membawa kepada pengakhiran yang bahagia. tak pe lah tak de rezeki lagi aku nak bersama kau. haha tak jadi bersama pon tak pe tapi yang penting aku dapat tengok kau bahagia! walaupun kau dah meluat dengan aku, tak mengapa tapi yang pasti doa aku sudah pon dimakbulkan oleh tuhan! Hahaha kenapa perlu tangis dan meraih simpati daripada seseorang yang meninggalkan kita ? Perlu kah kita membuat perkara yang tidak sepatutnya. Tak. Kau dah menemui kebahagiaan kau maka berikanlah aku peluang untuk mencari kebahagiaan aku sendiri pula. 


Terima kasih teman untuk setiap kenangan yang telah kau lampirkan. Semoga tuhan merahmatimu