Monday, February 20, 2017

Rezeki itu ada di mana-mana

Assalamualaikum rakan-rakan, huhuhu lama sudah aku tidak menulis. Hahaha nak buat macam mana buzy sokmo cewahh hahaha..

Kali ni mungkin post terakhir aku siapa tahu. Tengok lah kalau diberi kekuatan, aku akan meneruskan perjuangan dalam penulisan ini. Hm Harini nak bukak topik pasal Bahagia la. Bercakap tentang bahagia ? Ada sesiapa tahu apakah yang dimaksud dengan bahagia ? Ada apa dengan bahagia ni ? Seronok sangat ke ? Ada rasa manis tak dalam nya ? hahaha

Bahagia ni boleh ditakrifkan sebagai satu perasaan atau satu keadaan yang di mana kita rasa tenang dalam dia. Tenang sangat-sangat. Perasaan gembira. Aman. Sejuk mata memandang dan bermacam macam lagilah.

Hahahahaha jujur weyh semakin kita membesar, semakin tu kita akan rasa kekurangan bahagia. Kenapa ? mana pergi bahagia ni? Dia larikah ? Kenapa dia nak lari? Kenapa dia tak bersama kita ? Kita ni jahat ke?

Ye, perasan tak dari kecil kita tidak pernah keseorangan. Lahir lahir sahaja kita disambut oleh dua insan yang sangkup bersengkang mata membesarkan kita. Pengorbanan semua tu. Dua insan ni lah yang paling gembira menanti kedatangan kita ke dunia ni. Tapi semakin kita membesar perasaan tu bukan melarikan diri tapi perasaan tu sendiri ada tapi dia tidak pernah muncul. Dia hanya mendiamkan diri.

Kenapa aku cakap macam tu ? Tahu tak sebenarnya bahagia tu ada saja pada diri kau. Cuma kau sendiri yang tidak perasan. Bahagia tu apabila kau kau rasa seronok melakukannya. Cuma kau saja yang perlu keluarkan dia. Aku tak faham kenapa kita perlu seksa diri kita hanya untuk satu perkara. Perkara yang telah merampas kebahagiaan kita.

Bahagia tu boleh datang dalam pelbagai bentuk mahupun jenis. Sebagai contoh, kau seronok sangat bermain online game seperti DOTA 2 sebagai contoh.. then kenapa kau perlu ikutkan cakap orang ? Kalau kau rasa benda tu boleh membahagiakan kau apa salahnya ? Selagi ia tidak melanggar syariat maka tidak menjadi masalah, Kalau kau suka makan , kalau boleh tiap masa tiap saat nak makan. Then kenapa tak makan? Kenapa perlu ikutkan cakap orang ? Sungguh aku tak faham. Yang merasa bahagia itu kau dan bukannya orang lain. Kalau kau rasa benda tu manfaat, kau suka mengaji rasa tenang then teruskan. Tak de siapa yang menghalangnya. Kalau kau rasa tenang tengok seorang perempuan then tunggu apa lagi melamar lah.. tak menjadi masalah pon..

Tapi tu lah tak semua bahagia itu kita boleh sentuh atau rasa. Hanya saat dan perasaan dia akan betul betul tiba dan muncul pada waktunya. Jujur weyh, kita melepaskan perasaan bukan sebab tanda kita tak matang tapi sebagai kekuatan kita untuk melangkah ke alam seterusnya.

Tahniah sebab awak bahagia. Tak sangka sekejap ja masa berlalu. Sungguh bila aku terkenang, sangat lah meruntun jiwa. Tipu lah kalau aku kata aku tak sedih. Jujur memang aku tak pernah rasa bahagia sebahagia bahagianya bila aku bersama kau. Mungkin selepas ni aku takkan capai dah bila bersama orang lain weyh hahahaha aku tulis ni pon dalam keadaan sedih. Ye siapa tak sedih, cinta pertama kita pergi berlalu begitu sahaja.

Ye lah, memang itu silap aku sebab biarkan kau pergi. Tapi manusia, kalau dia dah tak nak kita, apa yang boleh kita buat ? Nak halang dia ke ? kau rasa dia akan bahagia ke dengan tindakan kau tu? Tak pe weyh kalau dia nak pergi. Silakan kalau kau rasa dia akan bahagia. Memang kita semua merancang tapi tak semua yang kita merancang tu akan menjadi kenyataan. Ye lah berat sangat bila kau pergi tapi apa yang aku boleh buat? Hinanya aku. Tengok kau bahagia tanpa aku di sisi :')

Tak pe lah weyh memang bukan rezeki aku. Ye lah, merancang lah jugak untuk membina taman, membina rumah, pergi umrah sama sama holiday sama sama tapi semuanya musnah dalam sekelip mata.. walaupun tak lama kita bersama tapi aku bersyukur sangat sebab tuhan mempertemukan kita. Tuhan bukak mata aku yang dalam dunia ni masih ada bidadari seperti kamu. Sedih sangat hati ni. Tapi tu lah aku tak layak untuk kau. Kau pon dah bahagia tanpa aku.. Aku tak pernah salahkan kau sebab ye lah dah nama manusia mestilah mempunyai hati jiwa dan perasaan. Memangnya sifatnya tidak tetap. Sangat tidak tetap. Kalau nak berubah tu dalam sekelip mata sahaja boleh pergi,

Ye lah, berat sangat sebab ye lah tak kesah pon kalau nak pergi tapi aku cuma haaa malas lah nak mulakan dari mula. Ingat senang ke nak bina kekuatan nak approach orang yang kita suka?  nak start dari awal. Ingat kita ni kuat sangat keee alaaaaa. Nak kenal lagi perangai dia, nak kenal lagi sifat dia, nak kenal lagi ahli keluarga dia. Ye lah, malas weyh.. dan aku takut sangat sebab nak jumpa orang yang boleh terima kita seadanya tu SUSAH. Kalau ada, mungkin tak sama. Susah weyh kau tak kan faham huarh perangai kita, tabiat kita, cara kita, gaya kita. Takkan pernah sama. Memang berbeza.

Tapi tu lah sesedih aku ni aku tak nak lah halang dan kacau kebahagiaan kau, Mungkin bagi aku itu tiada rezeki. Tapi aku tak tahu lah kenapa aku tak nak move on. Ye lah, aku boleh je pergi tapi kenapa aku masih setia menanti. Aku sendiri pon tak faham. Kenapa aku susah sangat nak pergi walaupun kau dah buang aku jauh-jauh. Sakai kan aku ? Tak pe lah aku selalu sedapkan hati sendiri dengan tengok kau bahagia. Tapi tu lah aku tak boleh nak menipu diri sendiri.. makin kuat aku tipu makin sakit aku rasa. Tapi kau hebat weyh boleh pendam lagi tapi mungkin itu bukan apa yang kau rasa tapi nak buat maca mana lagi sekali aku katakan tiada rezeki.

Sedih sangat. Tak pe lah, Hikmah yang tuhan tunjukkan kat aku ni In shaa Allah aku akan pegang. Maafkan aku sebab datang dalam hidupmu tanpa diundang. Jangan risau, aku tak pernah menyalahkan kau sebab ye lah fitrah manusia itu sendiri kita perlu kenal pasti. Berubah tidak tetap. In shaa Allah, aku harap sangat kau doakan aku. Aku nak bahagia seperti kau juga. Nak buat macam mana Allah akan gantikan kekecewaan aku ni dengan sesuatu yang aku sendiri tidak akan jangka. In shaa Allah aku yakin sangat dengan tuhan. Walau hakikatnya aku masih setia menanti,

Memang aku tak pernah merasakan bahagia yang teramat sangat bila aku bersama kau. Cara kau gaya kau wajah kau semua nya masih jelas terpampang di minda aku. Masih aku simpan setiap detiknya. Tapi tu lah pengajaran buat aku. Selepas ni kalau aku sukakan seseorang tu, In shaa Allah aku akan melamar dia sepantas mungkin. Macam apa yang aku katakan di post sebelum ni hidup ini untuk merasa. Terima kasih sebab berikan aku pengalaman dan kenangan yang tak mungkin lagi aku akan rasa. Ye aku tahu aku menjaga jodoh orang lain tapi tak mengapalah  mungkin tuhan mentakdirkan kita untuk bertemu, tapi tidak untuk bersama..



Aku akan pegang hati ni. Menanti rasa dan kasih sayang ku pada Ilahi. Aku akan berubah menjadi kuat harapkan kau doakan aku. Semoga perjalanan kau dipermudahakan sang bidadari..
Terima kasih sebab pernah bahagiakan aku.

hahahaha aku tulis ni pon dalam keadaan sedih bhai putus cinta siapa tak sedih tapi janganlah kau mengharapkan sesuatu itu pada manusia kerna kau sendiri akan tahu keputusannya macam mana bukan ?



Cantik kan quote ni? hehehe In shaa Allah jodoh aku Allah dah tetapkan aku yakin sangat. Tapi tak mustahil juga kalau kau juga yang jadi jodoh aku kan? siapa sangka semuanya rahsia Allah tapi tu lah aku dah tak boleh nak mengharap sangat sebab kau akan jadi bini orang tak lama lagi. Terima kasih untuk sepanjang perjalanan kita ni. Kita membesar sama sama. Kau banyak mengajar aku dan banyak juga pengajaran yang aku terima. Maaf lah kalau pernah terpegang ke tersentuh ke terambil ke tanpa sengaja harap dihalalkan segalanya.  Harap lepas ni kalau ada masalah kau selesaikan lah secara berhikmah. Ye lah suami kan, kenalah jaga sebab syurga di bawah tapak kakinya hehehe

Aku berani tulis ni pon sebab aku tahu dia takkan baca post aku ni. Ye lah dia kan dah bahagia dan 10 Tahun yang akan datang aku nak kembali balik pada post ni bersama dengan pasangan aku. Tengoklah apa yang abang tulis ni sebab putus cinta kita seksa diri kita dengan perkara yang tiada guna hahahaha banyak kenangan yang telah dilakarkan tapi aku akan pegang itu semua sebab itu semua bermakna dalam hidup aku. Terima kasih! and maafkan abang sebab tercinta orang lain terlebih dahulu ye hahahahaha

No comments:

Post a Comment